Gadis Jiwang,
maka adalah itu aku?
Aku,
yang merasai setiap perit pedih yang
dilaluinya itu?
Aku,
yang menangis melihat ungkapan dusta itu?
Aku,
yang telah berubah arus pemikiran
kerana biusan jiwa itu?
Gadis Jiwang,
kerana ungkapan itu,
kata-kata bisa dan benar,
kerana kau berani,
Berani mencuba,
walau kau tahu betapa,
pedihnya...
peritnya...hati perlu mengharungi
Gadis Jiwang,
Mengapa aku begini?
Mengapa aku menjadi seperti ini?
Tatkala aku gelak melihat kau
menangisi tangisanmu sendiri,
Rupa-rupanya aku jua
yang menitiskan air mata...
All Writing.Com images are copyrighted and may not be copied / modified in any way. All other brand names & trademarks are owned by their respective companies.
Generated in 0.07 seconds at 2:38pm on Dec 26, 2024 via server WEBX1.